Friday, February 29, 2008

sahabat......

Sahabat..
ada apa dengan perkataan sahabat,
sahabat merupakan panggilan bagi seorang manusia,
seorang manusia yg sanggup bersama rakannya,
tika susah,senang,
tawa,riang
sedih dan duka,
dan akan bersama ke akhir hayat.

Sahabat..
tatkala aku sudah menganggap kau sahabat,
mengapa kau telah berubah?,
menjadi seorang yang aku tidak kenali,
selama ini aku ikhlas bersahabat denganmu,
walaupun kita sudah lama tidak berjumpa,
namun ingatanku padamu tetap utuh di ingatan.

Sahabat..
mengapa?
mengapa kini kau berkata bahawa kau tidak pernah
menganggap aku sebagai sahabat kau?
dan kau berkata bahawa ingin melupakan ku?
sedangkan dulu kau sering berkata padaku,
bahawa kau tidak akan melupakan ku,
bahawa kau akan bersama ku.

Sahabat..
kini aku mengerti bahawa kau sememangnya,
tidak ikhlas ingin bersamaku dan menjadi sahabat sejati,
rupanya kau ingin sesuatu yang lain daripadaku,
kini aku terpaksa merelakan dikau pergi,
walaupun hati ini bagai ditusuk jarum yg patah,
aku akan sentiasa mengingati kau,
kerana kau pernah menjadi seorang sahabat yang baik kepadaku,
sahabat yang sangat aku sayang.

Sahabat..
aku merelakan keinginanmu untuk melupakanku,
semoga kau berjaya dalam hidup,
semoga kau berjaya melupakanku,
terima kasih atas segala memori kau berikan kepadaku,
akan ku kenang hingga ke akhir hayatku,
wahai Sahabatku........