Sunday, March 2, 2008

cubaan membuat pantun..

SEHARIAN BERSAMA ALONG..

Bila sushi digaul bersama tumis berlada,
Sushi itu amat enak rasanya,
Ija dan along pergi meronda,
Low Yat dan Sg. Wang nama tempatnya.

Orang Melayu suka makan ikan sepat,
Orang Cina suka makan katak,
Tujuan kami ke Low Yat mencari dakwat,
Bukan dakwat pen tapi dakwat mesin pencetak.

Pergi ke kedai memandu kereta,
Memandu kereta di jalan raya,
Tujuan saya ke Sungei Wang mulanye ingin mencuci mata,
Tapi lain pula jadinya.

Ikan puyu dalam paya,
Anak ikan puyu pun dalam paya,
Nak tau ape yang lain jadinya,
Meh ikuti kisah seterusnya.

Tiap pagi makan roti Gardenia,
Roti dimakan bersama kaya,
Banyak sungguh barang menarik dijual disana,
Apalagi banyak juga la duit dihabiskannya.

Timah berjalan-jalan di taman,
Sambil mengintai mamat pujaan,
Seronok sangat dapat berjalan,
Sampat kaki sakit pun dah x heran,

Kera suka makan belacan,
Makan belacan dekat hutan,
Ini sahaja yg dpt sy ceritakan,
Diharap pantun ini mendapat pujian.