Thursday, September 20, 2012

bihun sup sedap!

bihun sup sentiasa menjadi salah satu favorite sy..apa2 yang berkuah.im on it..:P

 hurm..
satu hari..
mak berkata kepada saya..
'ija..esok malam ayoh xmakan kt rumoh..'
owh...then saya pon mencadangkan untuk buat bubur dengan tumis sotong..

hari kejadian...
'mok..kite buat mee kari la nok?'
'xmboh lah..payoh..kene cari bahan.buat mee bandung la nok?g cari resipi kt internet..'
after a while.....
'mok..xmboh la mee bandung..nok bihun sup..lame dok makan bihun sup..nanti ija g cari barang nk buat'
'lerr..okey.senang je nok buat.mok boleh ajo.'

so..akhirnye bihun sup juge la yang sy buat selepas banyak idea dikeluarkan.haha..
senang gile buat bihun sup ni.dah la hasilnye sangat sedap.
mak selalu cakap mak buat xhabis pon..
yg kagumnye..semalam habis licin!!
sup2.bihun..semua licin...tu menunjukan bihun sup sy dijamin sedap kan?haha!
so..saya dengan senang hati memberi anda resipi ni..:)
enjoy! 
 
BIHUN SUP

bahan2 sup:
daging cincang
kubis(ikut suka.potong jangan terlalu kecil)
1 sudu besar ground black pepper
3 sudu besar bawang goreng
3 ulas bawang putih
air secukupnya
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk pati ayam/1 kiub
sedikit garam dan gula.

bahan2 membuat sos cili:
cili jarum yang banyak
kicap
4 biji limau kasturi

cara2:

sup:
1. masukkan minyak masak dalam 1 periuk. tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga bawang putih kekuningan.
2. masukkan bawang goreng dan kacau seketika.
3. kemudian masukkan daging sehingga daging itu hampir masak dan mengeluarkan airnya.
4.masukkan air secukupnya..mengikut kuantiti yang anda perlukan.
5.tunggu sehingga daging betul2 empuk..rasa daging tersebut dan kuahnya..letak garam dan gula secukup rasa.masukkan serbuk pati ayam.
6. akhir sekali masukkan kubis dan biarkan seketika.
7.tadaa...tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

cili:
1. masukkan semua kedalam tempat pengisar.dan kisar sehingga lumat.jangan letak terlampau banyak kicap.cukup sekadar kesemua cili dapat dihancurkan.

bihun:
celurkan bihun setakat mana yang anda suka.jangan celur lama sangat.nanti terlampau lembut..

tips: boleh diperah dengan limau kasturi,ditabur dengan daun sup dan bawang goreng..
senang kan?
selamat mencuba..
have fun!:)
xoxo


No comments: